 |
 |
 |
 |
 |
|
Monday, October 13, 2008
Didoakan kawanku selamat menjalani pembedahan....
Zila opismate aku operate idung hari ni di HKL. Semoga semuanya selamat. Tabahlah wahai kawanku.
Posted at Monday, October 13, 2008 by adoi_3010
Permalink
Wednesday, October 08, 2008
Selamat hari Raya..
Raya dikampung ngan family memang meriah..Dalam kemeriahan itu tetap terselit rasa syahdu, sendu..pilu bila mengenangkan pada yang telah tiada...Abang Ipar kesayangan yang KEMBALI padaNYA 5/7/08 lalu meninggalkan 3 orang anak yang masih terlalu mentah untuk mengenal ragam kehidupan jua seorang isteri yang terkial2 mengatur hidup lantaran menjadi Fully housewife.Al fatihah untukmu abang... Abang tiada gantimu lagi..adik sayangkan abang..
Usah isau abang..janji adik..adik akan jaga permata hatimu sebaik2nya...adik akan cuba memenuhi apa jua keperluan mereka..adik sanggup korbankan apapun asalkan mereka dapat hidup bahagia dan berjaya....Jika ini bermakna adik perlu korbankan masa depan sekalipun..adik sanggup kerana adik terlalu sayangkan mereka...Aina Maisarah..Aini Maisarah dan Muhammad Kama Ammar....
Tahu tak bang...Malam raya lepas ditengah kesibukan semua mengemas umah tetiba Teh menangis...disampingnya cuma ada Kama dan Aina...Semua terpinga2. Chaq terus dapatkan Teh dan cuba tenangkannya tanpa tahu apa puncanya dia tiba2 menangis..adik memanggil Aina dan tanya apa yang berlaku..."kakak tanya mak..macammana nak balik raya umah Tok Tam ...ayah dah mati. Sapa nk hantaq kita". Terkedu sebentar. Budak2!! Apalah yang dia tahu.. Adik cuma mampu pujuk Aina agar jgn cakap apa2 pasal abang..nanti mak nangis..adik juga janji ngan Aina akan bawa semua balik umah mak abang(Tok Tam) dan lawat kubur abang esoknya..Aina nampak macam faham...
Ajai bawa Teh n anak2 pi umah Tok Tam slps sembahyang raya...adik tak dapat ikut coz xdak sapa kat umah nanti. Adik pi gak jenguk Tok Tam raya ke3. Abang jgn ssh ati..dia nampak sihat.Malah Kama pun mahu duduk diribaannya. Gembira benar dia masa tu...
Anak2 abang dapat banyak sangat baju raya dan duit raya..semua bg sampai xsempat bj nk pakai sebab dah mula sekolah. Gembira nampaknya mereka dengan baju baru..cuma Aina sedikit degil...Aini mendengar kata dan Kama mula memanjat..Tak lama lagi boleh jalan la tu...
Semoga abang tenang di sana disampingNya.
Posted at Wednesday, October 08, 2008 by adoi_3010
Permalink
Monday, September 15, 2008
Aim aku...
Aku rancang untuk bersara awal..sekitar 40++. Untuk meringankan beban masa depan aku dan plan laluan yang akan aku lalui nanti. Antaranya untuk tambah aset iaitu hehhehehe..nak beli umah 1 lagi. Rancangnya aku nak beli kat KL ni..
Adik aku ada suggest 1 umah lelong..aku agak berminat dengan umah tersebut. Pada hari lelong dilakukan, aku bersamanya ke tempat lelong tersebut. Dari awal pagi aku dah berdebar2 nak saksikan acara itu berlangsung...Agak meriah suasana disana. Selepas adik aku daftarkan namaku untuk masuk bid, dia hantar aku ke dewan bid tersebut. Dia terpaksa ke dewan lain kerana dia juga bid rumah kesukaannya. Sebelum itu, dia telah jelaskan apa yang aku patut buat dan tak patut buat...nyata dia agak isau tinggalkan aku disana. Dia minta kawannya tgk2kan aku...slps dia bergerak ke dewan lain..dpt sms "Akk!Ingat,angkat smpi rm58-60k aje!Tu budget akak!Jgn angkat lbih2!Ingat, umah byk lg..Jgn gelogoh!Akk dtg trus ke bilik ujung skali blah kiri tau!"..isau dia ..hehehhe..ok akak tahu ..akak ingat tu!!!
Nasib tak menyebelahi kami kerana kedua-duanya kalah bid. Tapi aku tetap gembira kerana dapat menyaksikan sesuatu yang amat menarik yang aku langsung tak terpikir akan melakukannya selama ini. TQ adik...
Kita cuba lagi....
Posted at Monday, September 15, 2008 by adoi_3010
Permalink
Friday, August 01, 2008
Perginya abang yang ku sayang
Lagi 4 hari maka genaplah sebulan pemergian abang ipar kesayanganku...
Sebak..sedih...pilu..segalanya bercampur baur..
Posted at Friday, August 01, 2008 by adoi_3010
Permalink
Friday, July 04, 2008
Alhamdulillah...
Lega..akhirnya aku dapat balik adik..kawan sejatiku..tq pada yang banyak membantu....my beloved ex boss.Tq gak pada adanya teknologi IT ni coz curahan pada blog ini telah membuatkan kami kembali bersama..harapnya akan terus mesra begini...
For u dear..akak janji situasi ni takkan terjadi lagi..
Posted at Friday, July 04, 2008 by adoi_3010
Permalink
2/7/08 sms -aku:baru sampai umah....
sms 1:aik?jawab pendek jer.bunyi mcm marah ngan sy je..sy buat apa ek?sorry la,kalo t'ckp ses yg m'yinggung perasaan akak...
sms-aku..:maaf xde mood
sms 2: xper lah. nite
3/7/08 sms- aku:one Day...U will forget about me...My Name...My Voice...Who i am...Who i am to you...& if That Ever Happens... i'll forgive u...coz i luv u!nite. tc
sms 3:i'll would never forget my gd frens..u will alwiz remain as my fren, eventhough u dont really know why ur not talkg 2 me..i'm sorry,if i did s'thing wrong. ur silent hurts me a lot..
sms-aku:sorry dear.my false.ur word yesterday make me feel sad.Not ur false i'm too sensetif.last night i cant sleep.just crying.what have i done.pls forgive me.luv u
sms4:what did i say?i cant rmmber..but whatever it is,i nvr do a'thing against u..i'm sorry..1000x..
sms-aku:just 4 get 'bout it.not ur false.it also hurt me.i promise it wouldnt happen again.getting older make me more sensetif. really sori.tc
until now..i dont know what will happen...
really miss u..miss ur joke..ur laugh..ur smile...ur attention..ur caring...
really miss that
Posted at Friday, July 04, 2008 by adoi_3010
Permalink
Thursday, July 03, 2008
Sedih sangat hari ni...
Aku terkecil hati dengan sahabatku..aku menyesal sgt coz ada perasaan tu...feel really bad. Mungkin faktor umo yang makin meningkat menyebabkan aku makin sensetif. Aku xsalahkan dia cuma tak tahu kenapa aku jadi speechless dengannya.... tak tahu camner nak mulakan..seperti aku tak pernah rapat dengannya sebelum ini..sedih sgt.. semalaman aku menangis mengenangkan apa yang aku dah buat ni. sahabat..adik..jika membaca ketika ini..maafkan akak..really miss ur joke..ur attention..pls forgive me....what have i done!!! tetiba teringat sms yang dia kirimkan bbrp hari lepas..never break 4 thing in your life:trust,promise,relationship&heart. because when they break, they dont make noise but hurts a lot!....  
Posted at Thursday, July 03, 2008 by adoi_3010
Permalink
Friday, June 20, 2008
Staff Cemerlang..akukah itu?
Hari ini aku mendapat pengikhtirafan sebagai staff cemerlang..tapi kenapa aku x gembira...? Banyak yang bermain difikiranku..rasanya aku belum layak lagi menerima penghargaanku sedangkan senior2 ku ada yang masih mengharapkan penghargaan serupa ini. Jika boleh, biarlah mereka mendapatnya dulu daripadaku...apa tanggapan mereka agaknya..
Disebalik itu, aku bersyukur atas penghargaan ini. Banyak yang berjasa padaku dan akan ku kenang sampai mati..pada Selly..sumi..thanks a lot..korang banyak membantu malah jarang sekali melayan akak sebagai pembantu.... both of u are great boss!!!
Posted at Friday, June 20, 2008 by adoi_3010
Permalink
Wednesday, June 18, 2008
Hari ni rabu. Maknanya tinggal 2 hari jer lagi APC akan berlangsung. Aku berdebar sebenarnya ni..maklumlah nak tengok penerimaan ceo baru terhadap tarian yang akan dipersembahkan pada malam tu. Walaupun aku tak terlibat secara langsung tapi sebagai rakan yang hari2 memerhati latihan, kesungguhan, komited rakan 2 yang berkorban masa dan tenaga berlatih setiap hari, buatkan aku seakan turut merasai debaran tersebut. opss..APC ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Majlisnya akan berlangsung pada Jumaat ni..
Esok aku akan cuba upload gambar masa depa tgh trainning...
Posted at Wednesday, June 18, 2008 by adoi_3010
Permalink
Monday, June 16, 2008
sAYANG AYAH...
Ayah pada pandangan abang dan kakakku adalah seorang ayah yang garang dan tegas..tapi padaku...alaaa senang jer nak handle..aku ni manjanya..apa jer yang aku minta mesti dapat..cuma cepat atau lambat jer...
nak cerita ni..ada 1 cerita sedih..pada cuti raya haji yang lalu..ayah terlibat dalam kemalangan kecil...ia bukan kemalangan actually..ayah jatuh motor mana nak korner kat jalan kampung...ayah lupa nak angkat tongkat motor..itu yang motor tu terbalik kat atas jalan tar... tahu2 ada budak kampung(aku tak kenal pun...)hantar ayah balik umah. Melihat ayanh yang berdarah dibaju..tangan..kaki..seluar koyak...muka berdarah n bengkak2 membuatkan aku terus menangis. Aku dengan ditemani abang ipar terus bawa ayah pi klinik yang berdekatan di pekan tapi Dr kat klinik tu xnak terima takut ayah ada major injury coz ayah bgtau Dr yang dia sakit kat dada. Dr minta aku bawa ayah pi hospital bahagian kecemasan. Apa lagi..mengalir lagi la airmataku.(murah sungguh nilai airmata dlm situasi cam ni...).Di hospital ayah diperiksa hampir 2 jam dibahagian kecemasan..mujurlah ayah disahkan hanya mengalami luka2 luar. Kesan bengkak, luka mungkin akan lewat pulih kerana faktor usia ayah yang dah lanjut..ayah berumur 74 tahun. balik dari hospital ayah langsung tak boleh nak duduk dengan selesa... Petang itu juga aku dengan anak buah kesayanganku ke SP untuk belikan ayah kerusi malas kerana ayah tak boleh nak baring. Dada sakit katanya. Hiba aku tgk ayah..Kalaulah sakit tu boleh dipindahkan padaku..aku rela...Kini ayah dah sihat ..aku warning ayah agar lebih berhati2 dan kurangkan menunggang motor. Rehat jer la kat rumah...
Posted at Monday, June 16, 2008 by adoi_3010
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |